Dr Tan Joo Shun, Profesor Madya di Pusat Pengajian Teknologi Industri (School of Industrial Technology), Universiti Sains Malaysia (USM) dan pengasas syarikat Biotenova Sdn Bhd, merupakan penyelidik utama bagi teknologi postbiotik beranugerah yang telah dipatenkan.
KUALA LUMPUR — Malaysia telah membangunkan satu teknologi postbiotik halal yang berasaskan sumber bio tempatan, seperti durian Musang King dan kubis. Teknologi ini juga merupakan pemenang pelbagai anugerah merangkumi bidang sains, inovasi dan industri. Ini membuktikan bahawa penyelidikan tempatan berupaya memperkasa sumber Malaysia untuk menghasilkan pencipataan sains berimpak global bagi menangani cabaran utama masa kini dalam bidang kesihatan, sistem makanan dan kerintangan antimikrob.
Dibangunkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan Biotenova, inovasi postbiotik yang dipatenkan ini dilesenkan kepada Biotenova, sebuah anak syarikat Pharm-D Health Science Berhad (Pharm-D HS), di mana Pharm-D HS dilantik sebagai rakan pemasaran inovasi tersebut ke pasaran.
Inovasi berkenaan telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, termasuk Anugerah Perak bagi kategori Inovasi Terbaik di Star Outstanding Business Awards (SOBA) 2025, serta Pingat Emas dan “Asian Invention Excellence Award” bagi LASSICA K014® di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2026.
Sebelum ini, inovasi berkenaan turut memenangi Pingat Emas di USM InnoZILLA 2024, Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 dan International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning (PECIPTA) 2022.
Sumber Tempatan Memacu Kedaulatan Teknologi Tempatan Malaysia
Teras kepada pencapaian ini ialah ramuan postbiotik berpaten LASSICA K014®, ACASEI™ dan PLANTACT®, yang dibangunkan oleh USM dan Biotenova, dan dipasarkan menerusi kerjasama strategik dengan Pharm-D Health Science.
Inovasi postbiotik yang dihasilkan daripada sumber bio Malaysia seperti kubis dan durian Musang King mencerminkan rantaian pembangunan inovasi sains yang menyeluruh di Malaysia, daripada bahan mentah tempatan, penyelidikan dan pengajian, pembuatan sehingga ke peringkat pemasaran.
Melalui kerjasama dengan Pharm-D Health Science, inovasi postbiotik tempatan ini berjaya dipasarkan kepada penggunaan sebenar, memanfaatkan kepakaran serta keupayaan penyelidikan tempatan, di samping mencipta lebih banyak peluang bagi melahirkan generasi baharu pakar dan penyelidik sains Malaysia melalui kerjasama industri-akademia.
Dibangunkan dan dipatenkan di Malaysia, teknologi postbiotik beranugerah ini menjadi contoh bagaimana penyelidikan tempatan dapat diterjemahkan kepada inovasi bernilai tinggi di peringkat antarabangsa, di samping memperkukuh keupayaan inovasi serta portfolio harta intelek negara.
Kini, teknologi postbiotik berpaten ini telah berjaya dipasarkan melalui pelbagai penggunaan merangkumi penjagaan kesihatan, kulit, oral, kesejahteraan haiwan peliharaan serta sektor pertanian, termasuk penternakan dan akuakultur.
Menangani Cabaran Kesihatan Global Menerusi Pendekatan “One Health” WHO
Dibangunkan untuk penggunaan merentas pelbagai sektor, teknologi postbiotik ini selaras dengan kerangka “One Health” oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengiktirafkan hubungan erat antara kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar.
Aplikasi postbiotik ini bukan sahaja merangkumi kesihatan manusia, malah turut meliputi kesihatan haiwan peliharaan dan pemakanan ternakan. Inovasi ini menyokong tahap kesihatan ternakan yang lebih baik serta mengurangkan kebergantungan terhadap antibiotik, sejurusnya berpotensi menyumbang kepada peningkatan kualiti dan keselamatan makanan, serta jaminan bekalan makanan yang stabil dan berterusan.
Dengan aktiviti antimikrob yang telah ditunjukkan terhadap patogen yang mempunyai kerintangan terhadap antibiotik, ramuan postbiotik ini turut menyokong usaha global menangani kerintangan antimikrob, yang dikenal pasti oleh WHO sebagai salah satu cabaran kesihatan awam yang mendesak masa kini.
Sebuah kajian klinikal yang diterbitkan kebelakangan ini dalam jurnal saintifik NUTRIENTS turut menunjukkan bahawa Lactiplantibacillus plantarum K014 (LASSICA K014®) selamat untuk pengambilan harian jangka panjang dan dikaitkan dengan manfaat kepada beberapa sistem fisiologi, termasuk kesihatan pencernaan dan gastrousus, kesihatan imun serta fungsi hati1.
Hasil pengajian yang semakin berkembang ini turut memperkukuh potensi postbiotik sebagai pendekatan generasi baharu dalam menyokong kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang.
Menterjemahkan Penyelidikan kepada Manfaat Sebenar Menerusi Kerjasama Industri-Akademia
Kejayaan inovasi ini mencerminkan kekuatan kerjasama antara institusi industri dan akademik. Menerusi kerjasama strategik antara Pharm-D HS dan USM, penemuan saintifik yang bermula di makmal USM berjaya diterjemahkan kepada inovasi yang berdaya maju secara komersial dan seterusnya dibawa ke pasaran.
Selain membawa teknologi postbiotik baharu ke pasaran, kerjasama ini turut membuka peluang untuk melahirkan pakar dan penyelidik tempatan, memperkukuh ekosistem penyelidikan negara serta membangunkan harta intelek Malaysia yang bernilai.
Kerjasama ini menjadi contoh bagaimana hubungan industri-akademia yang berterusan dan erat mampu memacu inovasi dan menterjemahkan hasil penyelidikan kepada penciptaan bermanfaat dan bermakna kepada masyarakat, sektor penjagaan kesihatan dan ekonomi negara.
Memperkasa Ekosistem Inovasi Sains Malaysia
Dengan memanfaatkan sumber tempatan, makmal dan kepakaran tempatan Malaysia, kolaborasi akademik-industri ini menunjukkan bagaimana inovasi yang dibangunkan dalam negara mampu mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi import, di samping memperkukuh keupayaan penyelidikan negara.
“Projek ini membuktikan bahawa inovasi bertaraf dunia boleh bermula dari negara kita. Dengan menterjemahkan sumber bio tempatan kepada teknologi postbiotik berpaten yang mempunyai aplikasi praktikal, kami berharap dapat membantu membangunkan negara Malaysia sebagai pencipta dan penerajui inovasi, bukan sekadar pengguna atau penerima teknologi luar negara,”
kata Wong Chin Cheang, Pengarah Urusan Pharm-D Health Science Berhad.
“Kerjasama akademik-industri ini menunjukkan bagaimana penyelidikan akademik boleh diterjemahkan kepada inovasi praktikal yang memanfaatkan masyarakat. Dengan menggabungkan kepakaran sains dan penyelidikan USM bersama keupayaan industri dan pemasaran Pharm-D HS, kami dapat membuktikan bahawa institusi dan syarikat Malaysia mampu menghasilkan teknologi yang memperkukuh ekosistem penyelidikan negara, aset harta intelek serta pembangunan bakat saintifik masa depan,”
kata Profesor Madya Dr Nurzalina Abdul Karim Khan, Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF), Universiti Sains Malaysia.
Profesor Madya Dr Yusri Yusup, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI), Universiti Sains Malaysia, turut berkata,
“Kami amat teruja melihat hasil penyelidikan daripada Pusat Pengajian Teknologi Industri diterjemahkan kepada satu inovasi yang mempunyai nilai nyata kepada masyarakat dan industri. Pencapaian ini membuktikan kepentingan kerjasama kukuh antara akademia dan industri dalam menterjemahkan penyelidikan saintifik kepada teknologi yang dapat memanfaatkan masyarakat. Kami berharap kejayaan ini dapat menggalakkan lebih banyak hasil penyelidikan diterjemahkan kepada aplikasi sebenar serta terus memperkukuh ekosistem inovasi Malaysia.”
Sistem penjagaan kesihatan global kini semakin memberi keutamaan kepada penyelesaian yang mampan dan berasaskan bukti saintifik, pencapaian kerjasama ini turut menyerlahkan potensi Malaysia bukan sahaja setakat pengguna atau penerima inovasi, malah sebagai pencipta dan peneraju inovasi.
Mengenai Universiti Sains Malaysia (USM)
Ditubuhkan pada 1969, Universiti Sains Malaysia (USM) ialah satu-satunya universiti berstatus APEX (Accelerated Programme for Excellence) di negara ini serta antara institusi penyelidikan terkemuka Malaysia.
Berada di kedudukan ke-134 dunia dalam QS World University Rankings 2026, USM diiktiraf di peringkat antarabangsa atas kecemerlangannya dalam bidang sains semula jadi, perubatan dan farmaseutikal, disokong oleh rangkaian Pusat Kecemerlangan yang memacu penyelidikan dan inovasi.
Selain kecemerlangan akademik, USM bertekad menterjemahkan pengajian saintifik kepada penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan sebenar menerusi kerjasama industri-akademia yang membolehkan penemuan dari makmal dibangunkan menjadi penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Mengenai Pharm-D Health Science Berhad
Diasaskan pada tahun 2001, Pharm-D Health Science (Pharm-D HS) adalah sebuah kumpulan syarikat farmaseutikal dan produk kesihatan yang fokus dalam ubat-ubatan, farmaseutikal, dan produk kesihatan. Dengan komitmen teguh terhadap penyelidikan, pembangunan dan pembuatan, Pharm-D HS menawarkan pelbagai produk termasuk ubat-ubatan, ubat “over-the-counter”, nutrisi khusus, suplemen kesihatan dan peranti perubatan. Pharm-D HS juga merupakan perintis dalam penyelidikan dan pembekalan postbiotik di Malaysia.
Selain farmaseutikal, Pharm-D HS memilki jenama-jenama produk kesihatan berkualiti seperti VALENS, ELDON, MedSkin, Lang Bragman, Reflux-G, Retane dan lain-lain. Dedikasi Pharm-D HS terhadap kecemerlangan saintifik dan penjagaan kesihatan menyeluruh adalah demi kesihatan dan kesejahteraan semua.
Untuk maklumat lanjut, layari https://pharmdhs.com/
Rujukan:
- Richards L. Six-month trial confirms safety of previously uncharacterized probiotic strain. NutraIngredients. Published May 7, 2026. doi:10.3390/nu18091406





