
KUALA LUMPUR, 10 Disember 2025 – Lang Bragman sebuah jenama probiotik oleh Pharm-D Health Science Sdn Bhd telah diiktiraf sebagai “RANGKAIAN PRODUK PROBIOTIK TEMPATAN TERBESAR” (Largest Probiotic Series) oleh Malaysia Book of Records. Pengiktirafan ini diberikan kepada Pharm-D Health Science atas rangkaian produk probiotik yang merangkumi lebih daripada 34 formulasi untuk memenuhi pelbagai keperluan kesihatan.

Image 1: Rangkaian Probiotik Lang Bragman oleh Pharm-D Health Science, sebuah kumpulan farmaseutikal dan produk kesihatan Malaysia, yang dikenali dengan rangkaian formulasi probiotik berasaskan sains untuk pelbagai keperluan kesihatan.
Berasaskan sains, keselamatan dan inovasi, formulasi probiotik Lang Bragman menggunakan strain probiotik berpaten dan disokong oleh bukti saintifik. Semua produk Lang Bragman diperbuat di kilang pembuatan yang disahkan GMP serta mematuhi piawaian Halal.
Kini, produk probiotik Lang Bragman boleh didapati di lebih daripada 800 farmasi dan pusat perubatan di seluruh Malaysia dan Singapura — diantarannya termasuk rangkaian farmasi di bawah Kumpulan BIG CARiNG seperti BIG Pharmacy, CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Ting Pharmacy serta Wellings Pharmacy.
Perkembangan Dari Perubatan Penyakit Jarang Jumpa ke Sains Mikrobiom
Ditubuhkan pada tahun 2001, Pharm-D Health Science bermula sebagai syarikat farmaseutikal yang menumpukan kepada penyakit jarang jumpa dan keperluan perubatan khusus. Pada tahun 2021, Pharm-D Health Science mengembangkan portfolionya melalui penggabungan strategik dengan Attivo Healthcare, syarikat pengasas Lang Bragman.
Ditubuhkan pada tahun 2014, Attivo Healthcare pada awalnya memberi tumpuan kepada peranti perubatan dan suplemen nutrisi sebelum beralih ke arah penyelidikan probiotik sebagai langkah strategik pengembangan ke bidang kesihatan. Menjelang tahun 2016, Attivo menumpu sepenuhnya kepada penyelidikan probiotik dan melancarkan jenama Lang Bragman, yang kini menjadi nama terkemuka di pasaran kesihatan tempatan.
Sejak penggabungan tersebut, Pharm-D Health Science mengembangkan usaha penyelidikan mikrobiomnya melalui kejuruteraan pembuatan dan kerjasama penyelidikan dengan institusi dan universiti awam seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), serta Universiti Jiangnan di China bagi tujuan kerjasama antarabangsa. Langkah ini turut menghasilkan inovasi seperti bahan postbiotik berpaten di Malaysia dan juga formulasi probiotik untuk kesejahteraan minda.

Image 2: Encik Wong Chin Cheang, Ketua Pengarah Kumpulan Pharm-D Health Science (tengah), bersama Encik Jwan Heah, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records (ketiga dari kiri), diiringi wakil utama Kumpulan BIG–CARiNG – Cik Tay Li Yen, Pengarah Unit Kesihatan dan Rehabilitasi (ketujuh dari kiri), serta Cik Wong Siew Lai, Ketua Pegawai Pemasaran (kelapan dari kiri), bersama wakil-wakil pengurusan lain daripada Kumpulan Pharm-D Health Science dan Attivo Healthcare, sebuah syarikat di bawah Kumpulan Pharm-D Health Science, meraikan anugerah tersebut bersama-sama.
Rangkaian Probiotik Terbesar untuk Semua Lapisan Masyarakat
Pengiktirafan Lang Bragman sebagai “Rangkaian Produk Probiotik Tempatan Terbesar” bukan sekadar menonjolkan kepelbagaian dan keseluruhan rangkaian produk, tetapi juga manfaatnya terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Lang Bragman merupakan salah satu jenama probiotik pertama di Malaysia yang menggunakan bahan postbiotik berpaten yang diperbuat daripada sumber makanan tempatan, seperti durian dan sayur kobis, dalam formulasi probiotiknya bagi meningkatkan keberkesanan serta kesesuaian produk dengan mikrobiom masyarakat tempatan.
Malaysia Berupaya Menghasilkan Inovasi Kesihatan Berkualiti Tinggi
Pengiktirafan Malaysia Book of Records mengesahkan Lang Bragman sebagai salah satu contoh kejayaan tempatan dalam bidang sains probiotik dan mikrobiom, yang berteraskan inovasi penyelidikan, pembuatan beretika dan aspirasi memajukan kesihatan negara.
Mengenai Lang Bragman
Dilancarkan pada tahun 2016, Lang Bragman ialah jenama probiotik Pharm-D Health Science. Rangkaian produknya yang merangkumi 34 produk menawarkan formulasi probiotik untuk pelbagai keperluan kesihatan secra menyeluruh. Produk Lang Bragman boleh didapati di farmasi seperti BIG Pharmacy, CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy, serta Wellings Pharmacy.
Untuk maklumat lanjut, layari https://langbragman.com/
Mengenai Pharm-D Health Science
Diasaskan pada tahun 2001, Pharm-D Health Science ialah kumpulan syarikat farmaseutikal dan produk kesihatan yang bertekad memajukan kehidupan melalui sains dan inovasi kesihatan yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Kepakarannya merangkumi penyakit jarang, farmaseutikal, nutrisi klinikal, nutraseutikal, penjagaan kulit dan penyelidikan mikrobiom. Syarikat ini memilki jenama-jenama produk kesihatan berkualiti seperti Valens, Eldon, MedSkin, CMD, Lang Bragman, Reflux-G, Retane dan lain-lain.
Untuk maklumat lanjut, layari https://pharmdhs.com/
Media Contact:
Corporate Communications Department
Email: communications@pharmdhs.com
Tel: +603-7770 7918
Media Coverage:
- Malay Mail:
https://www.malaymail.com/news/life/2025/12/17/lang-bragman-sets-malaysia-book-of-records-for-largest-home-grown-probiotic-range/202188 - Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/760759/berita/nasional/jenama-lang-bragmannbspdiiktiraf-malaysia-book-of-records - Business News:
https://businessnews.com.my/pharm-d-lang-bragman-book-of-records/ - Malaysian Business:
http://www.malaysian-business.com/index.php/wordpress/item/10931-pharm-d-health-science-s-lang-bragman-clinches-malaysia-book-of-records-for-largest-probiotics-range - SME:
https://sme.asia/pharm-d-health-sciences-lang-bragman-clinches-malaysia-book-of-records-for-largest-probiotics-range/ - The Sun (ipaper):
https://thesun-ipaper.cld.bz/20251217/16/ - Pressreader:
https://www.pressreader.com/malaysia/the-sun-malaysia/20251217/281754160659308 - Weirdkaya:
https://weirdkaya.com/pharm-d-health-sciences-lang-bragman-clinches-malaysia-book-of-records-for-largest-probiotics-range/ - Newswav:
https://newswav.com/article/lang-bragman-sets-malaysia-book-of-records-for-largest-home-grown-probiotic-A2512_jwmHPt - Newswav:
https://newswav.com/article/pharm-d-health-science-s-lang-bragman-clinches-malaysia-book-of-records-for-A2512_sH5v2W - Newawav:
https://newswav.com/article/jenama-lang-bragman-diiktiraf-malaysia-book-of-records-A2512_URo63e - Newstreamasia:
https://newstreamasia.com/biz/lang-bragman-clinches-malaysia-record-for-largest-probiotics-range/ - Lumi News:
https://luminews.my/news/3845561 - Malaysian Reporter:
https://www.malaysianreporter.com/search/Lang%20Bragman%20sets%20Malaysia%20Book…/ - Kuala Lumpur Politics:
https://www.kualalumpurpolitics.com/search/Lang%20Bragman%20sets%20Malaysia%20Book…/ - Kuala Lumpur Voice:
https://www.kualalumpurvoice.com/search/Lang%20Bragman%20sets%20Malaysia%20Book…/ - Sinar Harian (FB):
https://www.facebook.om/100064743423920/posts/pfbid02EGda…/ - Sinar Harian (X):
https://x.com/i/status/2001111495472771561 - Business News (FB):
https://www.facebook.com/share/p/17hjMwHnWo/ - PubliCT:
https://publict.io/2025/12/16/pharm-d-health-sciences-lang-bragman-clinches-malaysia-book-of-records-for-largest-probiotics-range/




